Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurHomeKelantanViral

APMM Tahan Nelayan Vietnam Curi Gamat Di Tok Bali

By 15 Januari 2016Tiada komen1 minit bacaan

 

Oleh  Nur Shafira Mat Hussin (Pasir Puteh)

PASIR PUTEH,15 Jan ( Malaysiaaktif) — Sebuah bot nelayan Vietnam ditahan oleh Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) kerana didapati menceroboh sempadan negara berhampiran Pantai Tok Bali di sini semalam.

Tangkapan yang membabitkan empat orang awak-awak turut dilakukan oleh anggota APMM Daerah Maritim 10 Tok Bali.

 

20160114204050 (1)

APMM merampas gamat bernila kira-kira RM15,000.

 

Menurut Bintara Muda (M) Kamazulazman Zakaria, kesemua nelayan itu didapati sedang menangkap ikan dan mencuri gamat di perairan Tok Bali ketika ditemui.

Pihak APMM juga merampas sejumlah 150 kilogram gamat bernilai sekitar RM15,000.

Semua yang ditangkap kini direman 14 hari di Penjara Pengkalan Chepa.

 

Tinggalkan komen anda