Skip to main content
Berita TempatanKedah

Bantuan Pelbagai Pihak Kepada Keluarga Mangsa Rumah Terbakar

By 5 Januari 2016Tiada komen1 minit bacaan
Oleh Amran Mohd Kamis, Zurina Saad & Mohd Hairul Bakar

YAN, 5 Jan (Malaysiaaktif) — Tujuh daripada satu keluarga tinggal sehelai sepinggang apabila rumah mereka di Jalan Ruat di sini musnah dalam satu kebakaran pagi Sabtu lepas.

Menurut mangsa, Hashim Ismail, api yang marak terlalu cepat menyebabkan mereka tidak sempat menyelamat harta benda kerana perlu menyelamatkan diri dahulu.

Bagaimana pun, anaknya yang kedua mengalami kecederaan ringan kerana terpijak bara api semasa mengejutkan abangnya dari tidur. Dia telah mendapat rawatan di Hospital Yan.

Anggota Bomba dan Penyelamat Daerah Yan mengambil masa lebih kurang setengah jam untuk memadamkan kebakaran sepenuhnya.

Susulan kejadian tersebut pelbagai pihak tampil untuk menghulurkan bantuan, seperti bekalan makanan, pakaian dan barangan keperluan harian.

Jumlah kerugian dan punca kebakaran masih disiasat.

Dalam pada itu, Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Guar Chempedak, Datuk Dr. Ku Abdul Rahman Ku Ismail turut mengunjungi mangsa dan berjanji membantu menyegerakan pembinaan rumah mangsa.

 

Tinggalkan komen anda