Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPerlis

GST Jangan Dilihat Dari Sudut Negatif Semata-Mata – MB Perlis

By 5 Januari 2016Januari 6th, 2016Tiada komen1 minit bacaan
Oleh Mohd Nor Hidayat Bin Bidin, Anuar Che Amat, Wan Muhamad Zikri (Kangar)

KANGAR, 5 Januari (Malaysiaaktif) — Masyarakat perlu melihat serta menilai pelaksanaan Cukai Barang Dan Perkhidmatan (GST) secara positif dan jangan dilihat dari sudut negatif semata-mata, demikian ucapan Menteri Besar Perlis, Dato’ Seri Azlan Man di Majlis Perhimpunan Bulanan Kerajaan Negeri Perlis anjuran Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis di Dewan Warisan pagi semalam.

Katanya, pengenalan sistem percukaian GST kepada negara adalah langkah yang tepat bagi tujuan meningkatkan ekonomi negara.

“Kerajaan mempelbagaikan sumber pendapatan akibat penurunan harga minyak, berkemungkinan juga Arab Saudi pun akan mengenakan GST kerana penurunan harga minyak”, ujarnya.

Menurutnya lagi, peruntukan pembangunan negeri Perlis pada 2016 dalam Malaysian First Rolling Plan- RMK11 akan memacu Perlis kearah menjayakan wawasan menjadi Negeri Bandaraya menjelang tahun 2030.

Azlan Man juga berharap penjawat awam dapat berganding bahu bersama kerajaan negeri dalam menjayakan usaha transformasi kerajaan negeri Perlis.

Turut hadir, Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis, Ahmad Zamri Khairuddin, yang baru bertugas 4 Januari 2016, .

Tinggalkan komen anda