
Oleh Azhar Hj Ismail (Kelantan)
KUALA KRAI, 3 Jan (Malaysiaaktif) — Sesi persekolahan 2016 bermula di Kelantan dengan sejumlah 314,401 pelajar menghadiri kelas hari pertama hari ini.
Pagi tadi di Kampung Pemberian, anggota tentera dari Pasukan 16 Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) memberikan bantuan kepada murid dan guru yang terpaksa menyeberangi Sungai Lebir di sini untuk ke sekolah.
Mereka digerakkan seawal pukul 7.00 pagi hingga 7.45 pagi dengan menggunakan dua buah bot tempur Angkatan Tentera Malaysia (ATM) untuk tugas mengangkut. Pihak RAMD juga seterusnya menyediakan tiga buah kenderaan ATM untuk membawa mereka ke sekolah di Kampung Laloh yang terletak sejauh 10km dari lokasi berkenaan.
Untuk rekod, jambatan di Sungai Lebir musnah semasa banjir besar tahun lepas apabila dirempuh kayu balak yang hanyut.