
Oleh Hasni Jilani, Wan Muhamad Zikri (Kangar)
CHUPING, 3 Jan (Malaysiaaktif) — Sambutan tahun baru 2016 masyarakat Siam yang diadakan di Padang Bola Kampung Belukar Lenga Jumaat lepas meriah dengan kunjungan dan penyertaan lebih 400 orang.
Majlis ini dianjurkan oleh Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kampung Belukar Lenga dan Komuniti 1Malaysia (K1M) Kampung Belukar Lenga.
Antara acara termasuk persembahan kebudayaan, pertandingan karaoke, cabutan bertuah dan pertandingan teka biji betik.
Pengerusi K1M Kampung Belukar Lenga, Sial a/l Wing berkata, majlis diadakan bukan sahaja bagi meraikan ketibaan tahun baru, tetapi juga bagi mengukuhkan lagi jalinan kerjasama masyarakat Siam di negeri ini.
Majlis dirasmikan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Chuping, Asmaiza Ahmad.