Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurHomeKelantanViral

‘Jetfloat’, Jambatan Besi Sementara Di Kg Pemberian

By 3 Januari 2016Tiada komen2 minit bacaan

 

Oleh Mohd Zulfadli Ab Hamid (Kuala Krai)

KUALA KRAI, 3 Jan(Malaysiaaktif) — Seramai 90 anggota 7 Skuadron Rejimen Askar Melayu Diraja (7 Skn RAJD) bersama Batalion 16 Rejimen Askar Melayu Diraja (16RAMD) dari Kem Desa Pahlawan, Kok Lanas Jumaat lepas mula membina sebuah jambatan sementara di Sungai Lebir , Kampung Pemberian di sini.

Jambatan besi di lokasi tersebut runtuh setelah dirempuh air deras dan kayu balak minggu lalu hingga menyebabkan hubungan ke beberapa kawasan di pesisir sungai terputus.

 

20160102223030

Kerja pemasangan laluan ‘jetfloat’ oleh Angkatan Tentera Malaysia.

 

Jambatan ini merupakan satu-satunya laluan terdekat menghubungkan penduduk di Kampung Pemberian dengan bandar Kuala Krai, terutama bagi tenaga pengajar dan murid sekolah.

Kerja-kerja pembinaan dimulakan Jumaat malam setelah pihak tentera membuat tinjauan ke lokasi pada petang Khamis. Kerja-kerja pembinaan dilakukan secara gotong royong bersama beberapa agensi kerajaan dan penduduk persekitaran.

Menurut Ahli ParlimenJeli, Datuk Seri Mustapha Mohamed yang membuat lawatan ke sini semalam, pembinaan jambatan berkenaan merangkumi tiga fasa, dimulai dengan pemasangan ‘jetfloat’ sebagai laluan, sementara proses tender dan hal-hal berkaitan diuruskan bagi pembinaan jambatan kekal pada bulan September hingga Oktober depan.

Beliau berkata dalam masa terdekat peruntukan akan diusahakan untuk membina jambatan besi sementara bagi kegunaan penduduk. Pembinaan jambatan besi dianggarkan mengambil masa sebulan.

Dalam pada itu, Mustapha berharap kerajaan negeri dapat menangani masalah pembalak haram mahu pun yang berlesen bagi mengelak kejadian kayu balak merempuh jambatan dan terus menyusahkan rakyat.

 

 

Tinggalkan komen anda