
Oleh Faris Fuad
KUALA LUMPUR, 22 Jan (Malaysiaaktif) – Keputusan untuk menggantung biasiswa Kementerian Pendidikan bagi pelajar prauniversiti masih belum diputuskan kerajaan.
Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Tan Sri Mohamad Zainal Zabidi Zainal berkata perkara tersebut akan dibincangkan dan dibentangkan kepada jemaah Kabinet sebelum sebarang keputusan boleh dibuat.
Jelasnya, jika berlaku ia hanya bersifat sementara.
“Langkah penggantungan itu hanya cadangan dan belum diputuskan kerajaan. Kita akan bentangkan kepada kabinet,” katanya memetik laporan Berita Harian hari ini.
Terdahulu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong menolak dakwaan kononnya beliau ada mengumumkan untuk menghentikan biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).
“Dalam cerita bahawa saya mengesahkan bahawa kerajaan akan ditutup sementara kepada biasiswa JPA adalah tidak betul, laporan juga memetik di luar konteks, tidak bertanggungjawab,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan di laman Facebooknya hari ini.
“Dari awal lagi, saya tidak mengumumkannya atau mengesahkan berita itu.”
Sebelum ini, beliau yang dipetik laporan MStar Online menggesa semua pihak jangan menganggap bahawa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) telah berhenti mengagihkan dana untuk biasiswa.
“Apabila berita JPA menghentikan biasiswa telah tersebar, ia menyebabkan keadaan panik.
“Sebaliknya, bahawa sekarang, hanya mereka yang menerima bursari pra-universiti yang terjejas,” katanya lagi.