Skip to main content
Berita TempatanJohor

Majlis Pecah Tanah Tahfiz Al-Ehsan Di Kg Jalan Sakeh

By 14 Januari 2016Tiada komen1 minit bacaan

 

Oleh Latifah Salleh (Muar)

MUAR, 14 Jan (Malaysiaaktif) – Satu Majlis Pecah Tanah pembinaan Tahfiz Al-Ehsan telah diadakan pada pagi ini di Kampung Jalan Sakeh, Muar.

Tahfiz Al-Ehsan merupakan cawangan Pusat Pengajian Al-Quran dan Tahfiz (MTAC) yang beroperasi  di Pt Sakai Darat. Sebagai permulaan, pusat tahfiz ini mempunyai seramai 100 pelajar.

Menurut pemiliknya, Haji Hashim Hussin, pembinaan tahfiz ini dapat menjadi platform untuk orang ramai terutamanya kanak-kanak belajar dan mendalami ilmu Al-Quran.

Sementara itu, seorang pelajar yang ditemui wartawan Malaysiaaktif berkata, pusat ini akan mendapat sambutan yang baik dalam kalangan penduduk tempatan kerana pengajian di pusat tahfiz semakin menjadi pilihan ibu bapa belakangan ini.

Majlis yang dirasmikan oleh Pegawai Daerah Muar, Haji Ramlee A.Rahman ini turut dihadiri oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Balang, Zaiton Ismail.

 

Tinggalkan komen anda