Skip to main content
Berita TempatanJohor

Majlis Pengujian Membaca Al-Quran Peringkat Daerah Muar

By 14 Januari 2016Tiada komen1 minit bacaan
Oleh Latifah Salleh (Muar)

MUAR, 14 Jan (Malaysiaaktif) – Bagi menggalakkan pembacaan Al-Quran, Pejabat Daerah Muar dengan kerjasama Pejabat Agama Daerah Muar telah mengadakan satu Majlis Pengujian Membaca Al-Quran Peringkat Daerah Muar pada Rabu.

 Menurut Pegawai Daerah Muar, Haji Ramlee A. Rahman, pengujian membaca Al-Quran yang diadakan di peringkat mukim perlu diteruskan pada masa akan datang untuk mencungkil bakat-bakat baharu selain menggalakkan lebih ramai penyertaan di peringkat mukim.

Pemenang tempat pertama membawa pulang wang tunai bernilai RM400 berserta hamper, tempat kedua RM300 berserta hamper manakala tempat ketiga RM200 berserta hamper.

Tinggalkan komen anda