Skip to main content
EkonomiHomeViral

Pelajar Lapar Tidak Pernah Tampil Minta Bantuan Dakwa UM

By 14 Januari 2016Tiada komen2 minit bacaan

 

Oleh Faris Fuad

KUALA LUMPUR, 14 Jan (Malaysiaaktif) – Isu pelajar lapar di universiti yang menjadi viral di media sosial telah mendapat perhatian ramai namun tiada individu  dilaporkan tampil meminta bantuan.

Timbalan Naib Canselor, Bahagian Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (HEPA) Universiti Malaya, Profesor Datuk Dr Rohana Yusof memaklumkan sejurus isu itu viral, pihaknya telah mengadakan mengadakan perjumpaan dengan Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Malaya (MPPUM), Persatuan Mahasiswa Islam dan Sekretariat Presiden Kolej Kediaman (SPK) bagi meminta senarai pelajar lapar.

“Semenjak tercetusnya cerita pelajar ‘lapar’ di media sosial, saya masih ternanti-nanti pelajar yang memerlukan ini untuk tampil di Pejabat HEPA untuk memohon bantuan. Sehingga kini tidak ada seorang pun datang.

“Saya buat perjumpaan dengan YDP PMIUM yang giat memohon bantuan dimedia sosial, konon ramai pelajar lapar dan juga YDP MPPUM dan SPK dan meminta senarai nama pelajar lapar. Sampai sekarang satu nama pun belum saya terima,” katanya di laman sosial Facebooknya.

Beliau turut membidas dakwaan beberapa pihak apabila mengkritik menteri dan sistem pengurusan universiti yang kononnya tidak menjaga kebajikan dan keselamatan pelajar.

Jelasnya, pihaknya dituduh tanpa usul bukti berikutan pelajar yang dikatakan lapar itu tidak pernah bersuara dan tampil ke depan.

“Apa dah jadi pada kita??? Menteri dan pengurusan universiti dicemuh kerana tidak menjaga kebajikan pelajar tetapi ‘pelajar lapar’ ni sebenarnya siapa?

“Please be a ‘thinking person’. Allah beri kita akal untuk berfikir dan lengkap semua deria, bersyukurlah dan guna apa yang Allah beri dengan yang terbaik dan janganlah sentiasa mencari kesalahan dan kelemahan untuk diperbesarkan.

“Letakkan niat yang baik dalam apa yang kita cakap dan tulis! Sentiasa bersangka baik!!” tegasnya.

Sebelum ini, beberapa portal berita melaporkan seorang pelajar berlapar dan turut mengalami masalah usus berikutan tiada duit untuk makan.

Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Idris Jusoh berkata pihaknya memandang serius kes tersebut yang mana pelajar terpaksa mengikat perut di universiti akibat masalah kewangan berikutan kos sara hidup yang meningkat tinggi.

 

Tinggalkan komen anda