Skip to main content
Berita TempatanEkonomiHomeKuala LumpurWilayah Persekutuan

MPM Tubuh “TPPA Watchdog” Elak Eksploitasi

By 19 Januari 2016Tiada komen1 minit bacaan
Oleh Norizah Jadid & Hj Shah Bani Saad (Kuala Lumpur)

KUALA LUMPUR, 19 Jan (Malaysiaaktif) — Majlis Perundangan Melayu (MPM) menyokong hasrat kerajaan memeterai Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) dengn mengambil inisiatif menubuhkan “TPPA Watchdog” bersama badan bukan kerajaan (NGO) dan pihak yang  berminat.

Menurut Setiausaha Agung MPM, Datuk Dr. Hassan Mad, peranan utama badan bebas ini adalah untuk memantau pelaksanaan TPPA supaya tidak dieksploitasi oleh mana-mana pihak.

TPPA Watchdog terbahagi kepada TPPA Watchdog Malaysia dan TPPA Watchdog International, dalam kalangan negara anggota TPPA dan perlu diiktiraf kerajaan Malaysia serta anggota TPPA.

TPPA merupakan FTA (Free Trade Agreement) baharu atau Perjanjian Perdagangan Bebas, iaitu perjanjian asal dua hala atau melibatkan beberapa buah negara. Negara yang menjadi ahli akan diberi layanan perdagangan lebih baik.

Dua FTA yang telah termeterai termasuk  Malaysia – Australia, 1 Januari 2013 dan Malaysia – Turki, 2 Ogos 2015.

Tambahnya, MPM menyokong usaha kerajaan memeterai  TPPA kerana MPM kini berpuas hati dengan cara kerajaan mengendalikan rundingan TPPA, terutama dari segi rundingan atas terma Malaysia, Agenda Bumiputera dan Agenda Islam-Halal terjamin.

Di samping itu, kajian Analisis Biaya Faedah (CBA) yang dijalankan oleh Institut Kajian Strategik dan Antarabangsa (ISIS) dan Price WaterhouseCoopers (PwC)  berkaitan TPPA terbukti lebih banyak faedah diraih oleh Malaysia bakal sekaligus lebih berdaya saing.

Beliau ditemui dalam sidang media yang diadakan di Desa Pandan petang semalam.

 

Tinggalkan komen anda