Skip to main content
Berita TengahHomeSelangorViral

Madrasah Quran Al Ridzuan Musnah Dalam Kebakaran

By 19 Januari 2016Tiada komen1 minit bacaan

 

Oleh Hazlisyaudin Hasan (Sepang)

DENGKIL, 19 Jan (MalaysiaAktif) — Seramai 30 orang pelajar tahfiz hilang tempat tinggal apabila asrama kediaman mereka, Madrasah Quran Al Ridzuan, Kampung Datuk Ahmad Rozali di sini terbakar malam tadi.

Kebakaran berlaku pada kira-kira pukul 9.00 malam ketika semua pelajar dan jemaah sedang menunaikan solat Isyak di Masjid Assyarif bersebelahan asrama tersebut.

Menurut Ketua Balai Bomba Cyberjaya, Penolong Kanan Penguasa, Izman Adnan, dua jentera dan 18 anggota tiba di tempat kejadian setengah jam kemudian dan berjaya mengawal api daripada terus merebak ke masjid serta rumah-rumah berdekatan.

Tiada kemalangan jiwa dilaporkan dan kebakaran dipercayai berpunca dari litar pintas.

Pengetua Madrasah, Ishak Jamil, pelajar terbabit berusia antara 11 hingga 16 tahun yang berasal dari sekitar Lembah Klang, dibenarkan pulang ke rumah masing-masing.

 

Tinggalkan komen anda