Skip to main content
Berita TempatanHomeKedahViral

Pelancaran Discover Kedah 2016 Peringkat Daerah Bandar Baharu

By 12 Januari 2016Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Oleh : Anita Omar, Hasmah Hanafi dan Muhamad Azrul Abdullah  BANDAR BAHARU 9 Jan (Malaysiaaktif) – Program DISCOVER KEDAH 2016 PERINGKAT DAERAH BANDAR BAHARU dilancarkan semalam oleh YB Dato’ Hj Mohd Rawi Abd Hamid , Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan & Warisan. Dalam ucapan beliau , Kedah adalah negeri yang mengagumkan dan mahu memacu kedatangan pelancong untuk melihat sendiri keindahannya.

“Banyak yang boleh dilihat dan dilakukan di Kedah, tetapi ramai penduduk luar negeri ini, sama ada di Malaysia atau rantau ini, masih tidak menyedari apa yang kami tawarkan khususnya warisan sejarah.

“Pakar kaji purba dan ahli sejarah membuktikan Kedah tapak peradaban atau tamadun tertua di Asia Tenggara dan Kesultanan Kedah antara pemerintahan beraja berterusan tertua di dunia.

“Disebabkan itulah, identiti kempen ini menonjolkan mesej ‘Where It All Began”, katanya.

Pelancaran program ini di Bandar Baharu adalah sSempena dengan tahun melawat Kedah dengan slogan “ Discover Kedah 2016 Where It All Begins “ yang telah di lancarkan oleh YAB. Dato’ Seri Hj. Mukhriz Tun Mahathir, Menteri Besar Kedah baru baru ini,

Haji Mohamad Che Nai , mengalu alukan kedatangan semua rakyat Malaysia dan pelancong ke “ Southern Gateway Kedah” , di mana Bandar Baharu merupakan titik sempadan antara 3 negeri iaitu Kedah, Pulau Pinang dan Perak.
Pelbagai acara yang telah di adakan sempena pelancaran ini , antaranya pertandingan Street Soccer, persembahan Ghazal Party oleh kumpulan Roma Irama, pelepasan bot berhias , pertunjukkan bunga api dan pelbagai acara menarik yang telah dilaksanakan dari pagi hingga ke tengah malam

Tinggalkan komen anda