Skip to main content
Berita TempatanHome

Identiti Warganegara Pengembom Berani Mati Belum Disahkan

By 12 Januari 2016Tiada komen1 minit bacaan

Oleh : Faris Fuad  KUALA LUMPUR, 12 Jan (Malaysiaaktif) – Pihak polis masih belum mengesahkan identiti dua pengebom berani mati yang maut di Syria dan Iraq, yang turut didakwa sebagai warga Malaysia.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, pihaknya masih menunggu pengesahan berhubung dakwaan dua lelaki tersebut adalah rakyat negara ini.

“Kita tunggu laporan rasmi dan butiran sebelum mengesahkan mereka adalah rakyat Malaysia.

“Ini kerana khuatir ada pihak yang menggunakan indentiti mereka,” katanya dalam sidang media selepas menghadiri Perhimpunan Bulanan Peringkat Bukit Aman hari ini.

Jelasnya, pihaknya mempunyai kaedah khas untuk mengesan pasti dua pasti individu terbabit namun tidak boleh didedahkan kepada orang ramai.

“Setakat ini kita 45 peratus yakin, dua individu itu adalah rakyat Malaysia tapi tunggu pengesahan,” katanya.

Terdahulu, beberapa media melaporkan dua rakyat Malaysia itu merupakan antara 30 pengebom berani mati yang maut di Syria dan Iraq dua minggu yang lalu.

Dua individu tersebut dikenali sebagai Mohd Amirul Ahmad Rahim, 26, dari Terengganu dan Mohamad Syazwan Mohd Salim, 31 dari Selangor dipercayai anggota Negara Islam (IS).

Mohd Amirul dikatakan meletupkan dirinya dalam sebuah kereta, ketika pertempuran di Raqqa, Syria, pada 29 Disember lalu manakala Mohamad Syazwan meletupkan dirinya di Tikrit, Iraq, pada 3 Januari lalu, ketika menyasarkan sekumpulan anggota polis yang sedang menjalani latihan.

Tinggalkan komen anda