Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahEkonomiHomeSelangorViral

Pelbagai Hasil Pertanian Bagi Pulangan Konsisten – Shabery

By 22 Januari 2016Tiada komen2 minit bacaan

 

Oleh B.Tanggamal (Kuala Langat)

KUALA LANGAT, 22 Jan (Malaysiaaktif) — Pusat Pengumpulan Hasil Pertanian (PPK) Kuala Langat dirasmikan hari ini.

Dibina pada 2014, pusat di Teluk Panglima Garang ini bertujuan melangkaui orang tengah dalam proses pemasaran hasil pertanian. Ia mula beroperasi tiga hari seminggu sejak 2015.

Perasmian disempurnakan oleh Menteri Pertanian Dan Industri Asas Tani Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek.

Dalam ucapannya  Shabry berkata jika pusat ini dapat diuruskan dengan baik, pengguna tidak perlu membeli hasil pertanian dengan harga tinggi.

Beliau turut menggesa semua agensi yang terlibat supaya memberi sokongan dan pendapat di samping membantu menarik lebih ramai anak muda menceburi bidang pertanian.

Dalam majlis tersebut, Ahmad Shabery menyampaikan cek kepada usahawan, menyerahkan Geran in-Kind Contribution (IKC) kepada usahawan pertanian muda dan menyampaikan watikah kepada para pembekal cili.

Beliau turut menyaksikan majlis menandatangani  “Forward Agreement” antara PPK Kuala Langat dengan FAMA.

Terdahulu, semasa lawatan ke ladang cili di Kampung Medan Sijangkang, beliau berkata mereka yang menceburi industri cili harus menjadi pakar bukan hanya dari segi pengeluaran produk pertanian, tetapi juga tentang selok-belok pemasaran yang memerlukan kepelbagaian. Sehubungan itu, beliau berkata usahawan di Sijangkang harus menjadi contoh kepada usahawan lain.

Hasil tinjauannya di Sijangkang Shabery mendapati bagi tanaman cili seluas suku ekar, pengusaha boleh menanam sebanyak 2,000 polibag pokok cili dan mendapat pulangan kira-kira RM2,000 sebulan.

Beliau berkata, Tanaman cili lebih cepat dan mudah selain memberi pulangan baik, namun masih bergantung pada harga pasaran semasa. Lambakan cili luar negara, terutama Vietnam, Thailand dan China boleh menggugat pasaran dan itu sebab pengusaha harus mempelbagaikan pengeluaran.

 

Tinggalkan komen anda