Skip to main content
Berita TempatanHomeSabahViral

Sabah Mengharamkan Shisa, Rokok Elektronik Dan Vape

By 22 Januari 2016Tiada komen1 minit bacaan

 

Oleh Warman Wagiman & Azman Jumat

 KOTA KINABALU, 22 Jan (Malaysiaaktif) –? Muzakarah Khas Majlis Fatwa Negeri Sabah Bilangan 1/2016 memutuskan hukum penggunaan shisa, rokok eletronik dan vape adalah haram mengikut hukum syarak.

Sehubungan itu, Mufti Kerajaan Negeri Datuk Bungsu @ Aziz Jaafar  memberitahu satu sidang media bahawa umat Islam di Sabah dilarang menghisap atau melakukan aktiviti berkaitan.

Beliau berkata ini berdasarkan hujah dan perbincangan ahli-ahli muzakarah yang diadakan di Balai Cerap Al Baruni, Tanjung Dumpil Putatan, pagi tadi.

Bagaimanapun menurutnya lagi, keputusan tersebut hanya untuk orang Islam dan meliputi aktiviti penjualan dan yang berkaitan.

Sabah merupakan negeri yang ke-11 mengharamkan menghisap shisa, rokok elektronik dan vape selaras dengan Majlis Fatwa Kebangsaan baru-baru ini.

 

Tinggalkan komen anda