Skip to main content
Berita TempatanHomeKedah

Kempen “Katakan Tidak Kepada Lumba Haram”

By 11 Januari 2016Tiada komen2 minit bacaan

Oleh M Sures Maniam/Nor Diana Yusoff  KUBANG PASU, 10 Jan (Malaysiaaktif) – Kerajaan Negeri Kedah bersama penganjur utama Drex Precision Services dan ILP Jitra akan menganjurkan Jitra Internationaal Drag Jamboree 2016 yang bakal berlangsung pada 6 hingga 8 Februari 2016 bertempat di Jalan Industri Darulaman 1, Jitra Kedah.

Ini sebagai menyahut seruan kerajaan Negeri Kedah untuk menjadikan Kedah sebagai Pusat Sukan Permotoran dan menaikkan kualiti sukan bermotor Negara serta memperkasakan kempen “Katakan Tidak Kepada Lumba Haram”,

“Peminat sukan permotoran bolehlah bersiap sedia untuk acara ini kerana kerajaan telah mensasarkan lebih 300 penyertaan melibatkan 14 jenis kenderaan kereta dan 7 jenis kenderaan bermotor yang turut menarik penyertaan Negara jiran seperti Thailand dan Singapore. Setakat ini hampir 150 penyertaan telah diterima dan sambutannya amat menggalakkan.” Ujar Aminudin Bin Omar, EXCO Belia dan Sukan, Kesenian, Kebudayaan dan Warisan, Badan-Badan Bukan Kerajaan (NGO) pada sidang media khas beliau pada pagi ini di Hotel Bustani Jitra setelah berlangsungnya menyuarat khas perancangan program ini.

31ad3433-3916-4fc6-8768-b01d008de18c
Katanya lagi, penganjuran program ini dapat membantu membasmi perlumbaan haram dan semua yang beminat boleh menyediakan enjin kereta dan motor masing-masing bagi dipertontonkan kepada masyarakat umum.

“Menteri Besar Kedah Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir sendiri akan turun padang untuk merasmikan dan menyatakan sokongan beliau terhadap penganjuran sukan seumpama ini” tambahnya lagi.

Aminudin Omar juga selaku Bendahari dan Setiausaha Kehormat Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) turut memaklumkan yang pihaknya masih belum menerima sebarang tawaran penajaan rasmi Ahli Perniagaan terkenal, Syed Mokhtar Al-Bukhary bakal menaja KFA. Menurut beliau lagi, pihaknya tiada sebarang halangan untuk menerima penajaan dari syarikat korporat.

Tinggalkan komen anda