Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraHomeKedahViral

“Saya dipilih rakyat, dan rakyat akan sokong sentiasa” – Mukhriz

By 21 Januari 2016Tiada komen2 minit bacaan

 

Oleh Muhammad Rizal Redzuan (Alor Setar)

ALOR SETAR, 21 Jan (Malaysiaaktif) — Kira-kira pukul 11.15 malam semalam , Menteri Besar Kedah,  Datuk Seri Mukhriz Mahathir keluar dari Bangunan UMNO dan terus berhadapan dengan ribuan penyokong beliau yang melaungkan “Hidup Mukhriz.”

Beliau kemudian berdiri di atas sebuah kenderaan pacuan empat roda dengan nombor pendaftaran KBJ8 lalu mengucapkan terima kasih kepada semua penyokongnya yang tunggu sejak awal di kawasan tersebut.

“Ada pihak yang kata, saya tak dak sokongan, pada malam ini.” Ini disambut gemuruh dengan laungan “kami sokong Datuk” oleh hadirin.

“Saya dipilih rakyat, dan rakyatlah saya akan sokong sentiasa…selagi rakyat Kedah mahukan saya, selagi itulah saya akan berkhidmat” ujar beliau lagi.

Mukhriz seterusnya meminta penyokongnya bertenang dan bersabar dan jangan bertindak mengikut emosi.

“Allah bersama dengan kita selagi kita ikhlas. InsyaAllah, Allah akan memberikan petunjuk dan hidayah kepada kita dan apa jua yang berlaku tentunya ada hikmah untuk kita semua.”

Beliau menyuarakan keyakinan sesuatu yang baik akan datang selagi ada keyakinan kepada Allah. Harapan beliau supaya negeri Kedah terus kekal aman dan makmur.

Terdahulu, sebelum Mukhriz muncul dari pintu depan Bangunan UMNO, Ketua Bahagian UMNO Jerlun, Datuk Othman Aziz, kelihatan menghampiri pintu untuk keluar. Beliau kelihatan membatalkan hasrat apabila ‘di boo’ oleh mereka yang berhimpun di luar. Selain beliau, Ketua Wanita Umno Kedah, Datuk Maznah Hamid Datuk Maznah Hamid turut ‘di boo’.

Terbaharu hari ini, akhbar Sinar Harian melaporkan penjelasan Maznah berhubung kehadiran beliau dalam sidang media tergempar yang dipanggil oleh Timbalan Pengerusi Umno Kedah, Datuk Seri Ahmad Bashah Hanipah bersama hampir keseluruhan kepimpinan Umno Kedah itu.

Beliau berkata tidak semestinya kehadirannya di situ menyokong tindakan kumpulan tersebut, sebaliknya hanya ingin mengetahui perkara sebenar.

“Saya amat berharap kepada kepimpinan Umno agar semua kembali rasional dalam membuat keputusan.

“Janganlah kita membuat sesuatu yang menyusahkan rakyat dan merugikan bangsa kita sendiri. Semoga Kedah kembali aman sejahtera,” katanya.

 

Tinggalkan komen anda