Skip to main content
Berita TempatanHomePerak

Sitiawan Mulakan Kelas Mempelajari Rahsia Al-Quran

By 12 Januari 2016Tiada komen1 minit bacaan

Oleh Husney Hamid Sitiawan, 12 Jan (Malaysiaaktif) – Tahun 2016 Sitiawan dimulakan dengan “Kelas Mempelajari Rahsia Al-Quran” bertempat di Tingkat Bawah Bangunan UMNO Lumut anjuran Wanita UMNO Bahagian Lumut.

Ketua Penerangan UMNO Bahagian Lumut, Ustaz Hairul bin Abd Karim telah dilantik menjadi tenaga pengajar dan beliau berharap program ini dapat menarik lebih ramai kehadiran di kalangan golongan muda bagi tujuan melahirkan modal insan yg berkualiti serta mempunyai ilmu agama yang tinggi bagi menerajui kepimpinan di masa akan datang.

Menurut salah seorang peserta, Zainab, 55, merasakan program ini amat baik bagi mengisi masa lapang terutamanya bagi kaum ibu dan suri rumah untuk memperbaiki bacaan dan mendalami Al-Quran.

Mulai 8 Januari lalu, kelas ini yang diadakan pada jam 2.30 petang di Tingkat Bawah Bangunan UMNO Lumut telah menerima sambutan yang menggalakkan apabila kira-kira hampir 50 orang penduduk setempat menyertainya.

Ketua Wanita UMNO Bahagian Lumut, Dr. Azizah Johor memaklumkan bahawa program ini akan dijadikan program mingguan.

Tinggalkan komen anda