Skip to main content
Berita TempatanHomeMelaka

Pemerkasaan Hak Wanita Islam

By 12 Januari 2016Tiada komen1 minit bacaan

Oleh : Fauzrina Hj Bulka dan Rosidah Saarani MELAKA, 12 Jan (Malaysiaaktif) – Sebuah seminar yang mengupas mengenai hak-hak wanita menurut undang-undang keluarga Islam anjuran Puspanita dan Jabatan Bantuan Guaman Melaka telah diadakan di Auditorium Seri Negeri, Ayer Keroh pagi tadi.

Objektif seminar ini adalah untuk membuka pemikiran peserta yang hadir akan hak-hak wanita mengikut undang-undang Islam. Ilmu yang diterima diharapkan dapat meningkatkan keupayaan dan mengurus diri, keluarga dan masyarakat serta memberikan pendedahan kepada semua tentang hak-hak wanita mengikut syariat Islam.

Seminar ini terbahagi kepada tiga isu utama iaitu perkahwinan dalam undang-undang keluarga Islam, prosedur dan tuntutan hak wanita selepas penceraian dan hak mendapatkan bantuan guaman.

Usaha pemerkasaan ini memerlukan sinergi daripada pihak-pihak tertentu bagi memastikan hak-hak wanita Islam dapat dibela setelah hak mereka dinafikan oleh pasangan ataupun pihak-pihak lain yang terlibat dalam konflik kekeluargaan. Seminar ini juga banyak memberi pendedahan dan membuka mata bagaimana undang-undang boleh membantu dalam menangani isu-isu yang berbangkit.

Ceramah telah disampaikan oleh Ketua Pendaftar Mahkamah Syariah Negeri, Abu Suffian Abu Yaziz, Hakim Mahkamah Rendah,  Amiruddin Abdul Latif dan Pengarah Jabatan Bantuan Guaman Melaka, Yusliza Awal. Kira-kira 250 orang peserta telah menghadiri seminar ini.

Tinggalkan komen anda