Skip to main content
Berita TempatanHome

Pembangkang Bersifat Lebih Terbuka, Terima TPPA

By 12 Januari 2016Tiada komen1 minit bacaan

Oleh Faris Fuad KUALA LUMPUR, 12 Jan (Malaysiaaktif) – Ahli Parlimen pembangkang dilihat lebih bersifat terbuka dan menerima secara perlahan-lahan pelaksanaan Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA).

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed memaklumkan pihaknya menerima banyak reaksi positif berikutan taklimat dan bengkel yang dianjurkan.

“Kita lihat mereka gembira selepas selesai sesi mendengar penjelasan mengenai TPP. Ada yang berjumpa saya dan berkata bengkel penerangan TPP ini adalah sesuatu yang baik kepada ahli-ahli Parlimen.

“Ini satu reaksi yang baik dan menunjukkan mereka gembira dengan penjelasan yang dibuat,” katanya dalam sidang media Taklimat dan Bengkel TPPA bersama Ahli Dewan Rakyat dan Dewan Negara di Menara MITI hari ini.

Menurutnya, beliau telah menjawab semua soalan yang ditujukan oleh ahli-ahli parlimen terutama pihak pembangkang berkaitan pelaksanaan TPPA.

Jelasnya, penjelasan itu penting bagi menepis semua dakwaan negatif sekiranya kerajaan menandatangani TPPA.

“Kita dah berjaya beri penerangan. Soal sokong atau tidak itu kita tunggu di Parlimen.

“Apa yang penting kita telah beri penjelasan dan menjawab semua soalan yang diajukan mengenai TPP,” jelasnya.

Semalam, Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) mengumumkan mereka akan mengedarkan buku ringkasan terjemahan Bahasa Malaysia draf Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) mulai hari ini dalam usaha untuk memberi penerangan lebih lanjut kepada rakyat.

Menterinya berpendapat? langkah berkenaan diambil untuk meningkatkan pemahaman rakyat berkenaan TPPA di samping menyalurkan maklumat yang lebih seimbang.

Tinggalkan komen anda