Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurKelantan

1000unit PPR Gua Musang Tersergam Tanpa Penghuni

By 27 Februari 2016Tiada komen2 minit bacaan

 

Oleh NorFadzlina Ahmad Fadzli & Mohd Idris Deraman (Gua Musang)

Gua Musang, 27 Feb (MalaysiaAktif) – Seribu unit rumah PPR Gua Musang yang telah siap sepenuhnya sejak Jun 2014 masih belum diserahkan kepada pembeli.

Projek dibawah seliaan KPKT yang dibina di atas tanah berkeluasan 34.5 ekar dengan kemudahan asas seperti Tadika, Dewan Komuniti, Surau,Taman Permainan dan Gerai itu dijual dengan harga RM35000 seunit.

Difahamkan bahawa rumah PPR ini masih belum dapat didiami atau diserahkan kepada pembeli sebenar kerana 200 unit telah dicadangkan sebagai rumah transit kepada mangsa ‘Bah Kuning’ yang melanda Kelantan pada Disember 2014 lepas.

Situasi ini mencetuskan keresahan pembeli kerana rumah PPR yang telah siap sejak Jun 2014 itu masih belum diserahkan dan mereka terpaksa bertahan dengan menyewa.

Kebimbangan pembeli dan pemohon ialah akan berlaku pertindihan pemilikan bagi pembeli dan kemungkinan permohonan ditolak kerana keutamaan diberikan kepada mangsa banjir.

PPR Gua Musang ini berkonsepkan ‘sewa beli’ yang melibatkan urusan pinjaman dengan institusi kewangan yang memerlukan penyata pendapatan bulanan. Ianya berbeza dengan konsep sewaan yang mana penyewa hanya perlu membayar sewa sahaja tanpa perlu meminjam daripada bank.  Sebahagian pembeli dan pemohon bekerja sendiri tanpa penyata kewangan bulanan. Inilah permasalahan yang dapat dinyatakan oleh saudara Abd Razak Razali, 24, Penyelia Bangunan daripada Syarikat Prokhass Sdn.Bhd iaitu syarikat yang dilantik untuk menguruskan bangunan dan kawasan sekitar PPR ini.

Pembeli dan pemohon melahirkan harapan yang tinggi kepada agensi bertanggungjawab agar rumah ini dapat didiami dalam tempoh terdekat setelah menunggu sekian lama.

 

Tinggalkan komen anda