Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanMelaka

“PMM Fun Run” Ulang Kejayaan Kali Ke-2

By 27 Februari 2016Tiada komen1 minit bacaan

 

Oleh Fauzrina Hj Bulka (Melaka)

Melaka 27 Feb – Dengan penglibatan hampir 1000 peserta dari dalam dan luar negara, PMM Fun Run dengan tema ‘The Chillax Blast’ tahun ini mampu mengulang kejayaan buat kali ke-2 secara tidak langsung telah meletakkan Merlimau didalam peta destinasi sukan riadah seumpama ini.

Program ini merupakan program tahunan yang diadakan oleh Jabatan Pelancongan dan Hospitaliti, Politeknik Merlimau Melaka (PMM). Ianya merupakan projek mini yang dikendalikan oleh 75 orang pelajar semester empat Diploma Pengurusan Hotel dan Katering.

Program larian sejauh 7km ini mendapat sokongan dari segi sumbangan daripada syarikat sekitar Melaka. Badan-badan kerajaan juga bekerjasama membantu untuk menjayakan program ini, contohnya pihak Polis Diraja Malaysia, Rela dan Pejabat Kesihatan Melaka.

“Ia merupakan suatu program promosi pelancongan yang boleh membantu pembangunan ekonomi sekitar Merlimau khasnya dan selatan Melaka amnya,” kata Penasihat Program, Khairulazam Annuar.

Pengarah Program, Rumizi Abd Manaf berharap agar pelajar-pelajar memanfaatkan pengalaman yang diperoleh kerana mereka telah menunjukkan komitmen yg sangat tinggi dan harus diberikan pujian yg setimpalnya.

 

Tinggalkan komen anda