Skip to main content
Berita TempatanJohor

Tilawah Al-Quran dan Perujian Berzanji Peringkat Daerah Tangkak

By 14 Februari 2016Februari 15th, 2016Tiada komen1 minit bacaan
Oleh Zuriatina Tamat (Tangkak)

TANGKAK, 14 Feb (Malaysiaaktif) —  Seramai 17 peserta dan 15 peserta perujian berzanji memperdengarkan bacaan mereka bagi merangkul gelaran juara untuk mewakili daerah Tangkak ke Tilawah Al-Quran dan Perujian Berzanji peringkat negeri yang akan diadakan di daerah Muar pada akhir bulan ini.

Pertandingan kali ini disertai oleh mereka yang terdiri dari pelbagai lapisan usia di mana peserta termuda berusia 19thn dan peserta vateran berusia 80thn.

Menurut Ahli Parlimen Ledang,Datuk Ir Hamim Samuri, pelaksanaan program ini amat besar nilainya kerana ia meletakkan martabat Al-Quran di tempt yang tertinggi.

Beliau berharap masyarakat Islam sentiasa menjadikan Al-Quran sebagai sumber rujukan utama kerana ia merupakan rujukan yang paling lengkap.

Kerajaan Malaysia juga telah mengadakan skala ukuran terhadap perkara-perkara yang berkehendak kepada syarak seperti bidang kesihatan, pendidikan, ekonomi dan lain-lain bagi menjadi panduan masyarakat Islam.

Beliau berkata demikian semasa merasmikan penutupan majlis tilawah pada malam tadi.

Sementara itu, johan Tilawah Al-Quran bahi qari dimenangi oleh Muhd Hakim Abd Rahman dan Johan Tilawah Al-Quran bagi qariah pula dimenangi oleh Hasminawati Mohd Dahlan

Bagi Perujian Berzanji, johan qari dimenangi oleh Mphd Khairul atif dan johan Perujian Berzanji qariah dimenangi oleh An Nasehah Abdullah.

 

Tinggalkan komen anda