Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahSelangor

Belia Penyumbang Utama Tingkat Statistik Dadah Di Selangor

By 18 Februari 2016Tiada komen1 minit bacaan

 

Oleh Seri Ayu Wardiah (Petaling)

SHAH ALAM, 18 Feb (Malaysiaaktif) — Berdasarkan statistik Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) 2015, seramai 3,085 penagih dadah dikesan di Selangor berbanding 2,112 pada 2014.

Sejumlah 2,888 penagih dikenal pasti berumur 13 hingga 49 tahun, manakala 197 lagi berumur 50 tahun ke atas.

Ini dibentangkan semasa penganjuran Program Jelajah AADK oleh AADK Selangor dengan kerjasama akhbar Harian Metro di Plaza Alam Sentral di sini semalam. Program diadakan sempena sambutan Hari Antidadah Kebangsaan Peringkat Negeri Selangor.

Bertemakan “Perangi Dadah Habis-Habisan” program ini bertujuan untuk memberikan kesedaran tentang bahaya dadah, selain menggerakkan masyarakat supaya bersama-sama memerangi gejala serta ancaman dadah di kawasan masing-masing.

Menurut Timbalan Setiausaha Kerajaan (SUK) Negeri Selangor Datuk Mazalan Md Noor, Selangor sentiasa bersedia dalam memberikan kerjasama bagi membanteras isu dadah ini daripada terus meningkat.

Sementara itu, konvoi bas jelajah Hari Anti Dadah Kebangsaan 2016 yang disertai seramai 30 anggota Skuad 1 Malaysia, Badan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) serta kakitangan  AADK turut dilepaskan.

 

Tinggalkan komen anda