Skip to main content
Home

“Najib Razak 40 Years 40 Pictures” Dilancarkan

By 18 Februari 2016Tiada komen1 minit bacaan
Oleh Inthran Krishnan & Syaiful Harif Adnan (Kuala Lumpur)

KUALA LUMPUR, 18 Feb (Malaysiaaktif) — Buku “Najib Razak 40 Years 40 Pictures”  yang memaparkan kisah perjalanan hidup dan kewibawaan kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dilancarkan di KL Sentral semalam.

Presiden Media Prima, Dato Effi Iskandar berkata Najib merupakan pemimpin pilihan rakyat dan buku ini mendokumentasikan rentetan perjalanan hidup beliau sebagai pemimpin berjiwa rakyat melalui 40 gambar eksklusif dari arkib foto The New Straits Times Press (NSTP) dan koleksi peribadi beliau sendiri.

Sementara itu, dalam ucapannya, Timbalan Perdana Menteri Dato Seri Ahmad Zahid Hamidi mengucapkan terima kasih kepada Media Prima dan Malaysian Resources Corporation Berhad (MRCB) kerana menganjurkan inisiatif tersebut.

Beliau berkata buku itu menyerlahkan keperibadian Najib yang tenang dan penyabar sepanjang 40 tahun berada dalam arena politik.

“Najib Razak 40 Years 40 Pictures” diterbitkan oleh  NSTP sempena 40 tahun pembabitan Najib dalam politik.

Buku ini boleh dibeli  dengan harga RM140 senaskah bermula April depan.

 

Tinggalkan komen anda