Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanMelaka

Bengkel Pengucapan Awam Pupuk Keyakinan Pelajar

By 26 Februari 2016Tiada komen1 minit bacaan

 

Oleh M. Zakry Chan (Melaka)

MELAKA 26 Feb (Malaysiaaktif) — Bagi melahirkan pelajar-pelajar yang berkeyakinan dalam berkomunikasi di khalayak ramai, Kelab 1Malaysia SMK Ayer Keroh dengan kerjasama Pejabat Penerangan Daerah Melaka Tengah menganjurkan Bengkel Pengucapan Awam pagi tadi.

Bengkel ini disertai seramai 80 orang ahli Kelab 1Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum selaras dengan intipati 1Malaysia yang telah sarankan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

 

20160225233524 (1)

 

Penceramah Bengkel Pengucapan Awam ini ialah Pegawai Penerangan Daerah Melaka Tengah, Haji Mohd Noor Samion yang berpengalaman luas dalam bidang komunikasi.

Walaupun bengkel ini berlangsung selama setengah hari namun ia memberi impak positif bagi mencungkil bakat serta menambah keyakinan pelajar untuk berdiri dihadapan umum untuk menyampaikan ucapan.

Pelajar, Lee Sing Chuan 16, berkata selepas menghadiri bengkel ini beliau dapat meningkatkan pengetahuan dalam pengucapan awam serta keyakinan diri bertambah.

“Bengkel ini diharap akan diteruskan tahun hadapan kerana impak yang diterima amat positif dari kalangan pelajar,” kata Ketua Panitia Bahasa SMK Ayer Keroh, Norzian Karman.

 

Tinggalkan komen anda