Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahHomeSelangorViral

[VIDEO] Kebakaran Hutan Eko-Sensitif Bukit Batu Kapur

By 26 Februari 2016Tiada komen1 minit bacaan

 

Laporan dan foto oleh Mohd Zaid Awang (Gombak)

GOMBAK, 26 Feb (Malaysiaaktif) — Kebakaran hutan eko-sensitif sedang berlaku di Bukit Batu Kapur, Kampung Sri Gombak berhampiran Batu Caves sejak pagi tadi.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor Mohd Sani Harul, berkata, Balai Bomba Selayang menerima panggilan pada pukul 10.42 pagi dan jentera pertama sampai berhampiran lokasi pada pukul 10.49 pagi.

 

20160225230454 (1)

 

Mohd Saufi Mahyuddin, penduduk.


“Operasi pemadaman agak sukar kerana keadaan bukit yang tinggi dan tekanan air yang rendah, namun pihak Bomba akan membuat tinjauan udara sebentar lagi untuk mengenal pasti kaedah yang sesuai untuk memadamkan kebakaran”, katanya.

Operasi memadam kebakaran melibatkan 60 orang anggota daripada Balai Bomba Selayang, Gombak Selatan dan Kepong.

Lokasi kebakaran sangat hampir dengan rumah penduduk dan pihak Bomba cuba memadamkannya dan tiada rumah terlibat atau mangsa yang tercedera dilaporkan.

 

Tinggalkan komen anda