
Oleh Mohd Zaid Awang (Gombak)
GOMBAK, 29 Feb (Malaysiaaktif) – Kebakaran Bukit Batu Kapur di Kampung Sri Gombak Indah, Batu Caves sejak Jumaat lepas berjaya dipadamkan dan Bilik Gerakan Operasi kebakaran ditutup bermula jam 8.00 malam ini.
Pengerusi Jawatankuasa Bencana Daerah Gombak, Marshitah Suib berkata, Unit Bencana Negeri Selangor mengambil keputusan tersebut berdasarkan laporan Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor bahawa tiada lagi berlaku kebakaran ulangan kerana bara api telah berjaya dipadamkan sepenuhnya.
“Bagaimana pun pihak Bomba akan terus memantau dan bersedia sekiranya berlaku api ulangan dan saya mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang telah memberi kerjasama sepanjang operasi memadamkan kebakaran ini”, ujar beliau.