Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanJohor

Operasi Bersepadu Ke Atas Premis Perniagaan Batu Pahat

By 29 Februari 2016Tiada komen1 minit bacaan

 

Oleh Mazlin Basir (Batu Pahat)

BATU PAHAT, 29 Feb (Malaysiaaktif)  – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) kelmarin melancarkan Operasi Bersepadu Antara Agensi Penguatkuasaan Daerah Batu Pahat di kawasan perniagaan Ayer Hitam.

Operasi yang bermula pada pukul 10.30 pagi itu diketuai oleh Ketua Pegawai Penguatkuasa KPDNKK Negeri Johor, Mohamad Mokhtar Yeop, yang juga merupsakan urusetia operasi KPDNKK Cawangan Daerah Batu Pahat.

 

bp2

 

Agensi yang terlibat termasuk Polis Diraja Malaysia (PDRM), Majlis Perbandaran Batu Pahat (MPBP), Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), Jabatan Imigresen Malaysia, Jabatan Kastam DiRaja Malaysia, Jabatan Pendaftaran Negara, Pejabat Kesihatan Daerah, Jabatan Bomba dan Penyelamat, RELAh dan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK).

Pemeriksaan dilakukan ke atas premis pelbagai perniagaan bagi memastikan peniaga mematuhi segala peraturan dan undang-undang bagi melindungi hak pengguna. Selain itu, ia juga sebahagian daripada usaha untuk memastikan kawasan pernigaan tumpuan ramai di daerah ini selesa dan bebas daripada sebarang gejala tidak sihat.

Dari sejumlah 50 premis perniagaan yang diperiksa, termasuk kedai hiasan, restoran, gerai buah dan lain-lain,  pihak penguatkuasa mendapati 45 kesalahan dilakukan oleh peniaga.

Pihak KPDNKK mengenakan kompaun sejumlah RM3,650 bagi 13 kesalahan di bawah pelbagai akta, sementara agensi-agensi lain turut  mengambil tindakan di bawah bidang kuasa masing-masing.

Tinggalkan komen anda