Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurKelantan

Gua Musang: Khazanah Alam Belum Dicemari

By 29 Februari 2016Tiada komen2 minit bacaan

 

Oleh Nor Fadzlina Ahmad Fadzli (Gua Musang)

 GUA MUSANG, 29Feb (Malaysiaaktif) – Sebelum memasuki Bandar Gua Musang, pandangan  kita akan disambut dengan deretan bukit bukau batu kapur yang unik dan indah.

Menghampiri pintu masuk ke Bandar Gua Musang tersergam gua batu kapur yang menjadi mercu tanda kepada bandar ini. Gua ini adalah satu-satunya khazanah alam yang masih utuh tanpa sebarang pengubahsuaian oleh kuasa manusia. Bandar Gua Musang ini dinamakan sempena nama gua ini yang didakwa menjadi koloni musang di awal penemuannya.

 

20160229210622 (1)

 

Menurut Razimi Yusof, 37 tahun tukang kasut di Bandar Gua Musang, beliau telah beberapa kali memasuki dan mendaki gua ini hingga ke puncak. Menurut beliau, pelbagai bentuk batu-batan yang menyerupai buah belimbing, buaya, ular dan manusia serta lain-lain hidupan terdapat di dalam gua ini.

Untuk sampai ke puncak memerlukan pendakian selama lebih kurang sejam setengah. Dari puncak boleh dilihat pemandangan Bandar Gua Musang dan jaluran rel keretapi yang menghubungkan bandar ini dengan Merapoh, Pahang.

Gua ini dikatakan masih suci tanpa diusik kerana laluan masuknya masih asal tanpa binaan trek moden, tambah beliau lagi.

Walaupun gua ini tidak di komersilkan, namun ramai juga yang mendaki gua ini sebagai laman rekreasi khususnya kumpulan pelajar Kolej Poly-Tech Mara Gua Musang (KPTM Kesedar). Kebanyakan mereka mengambil peluang mendaki ke puncak untuk melihat sendiri pemandangan seluruh daerah Gua Musang.

Beliau mencadangkan agar gua ini dikomersilkan sebagai tempat rekreasi dengan diurus tadbir oleh agensi yang bertanggungjawab demi memelihara khazanah alam ini. Gua ini perlu diselamatkan sebelum dicemari oleh kerakusan manusia yang tidak bertanggungjawab.

 

Tinggalkan komen anda