Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanHomeMelakaViral

JKR, Pentadbiran Sekolah Perlu Teliti Keselamatan Pelajar

By 3 Februari 2016Tiada komen1 minit bacaan

 

Oleh Fauzrina Hj Bulka & Khairunnisa Abd Rahman (Melaka)

MELAKA, 3 Feb (Malaysiaaktif) — Perhatian pihak berkuasa, khususnya pihak Jabatan Kerja Raya (JKR) berkaitan projek-projek pembinaan sekolah atau bangunan amat perlu bagi mengelakkan berlaku sebarang kejadian yang tidak diingini.

Sehubungan itu, Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Sungai Rambai, Datuk Hasan Abd Rahman berkata, JKR atau mana-mana agensi yang terlibat dengan projek pembangunan sekolah disaran menilai semula ciri-ciri keselamatan supaya ia selamat.

“Peristiwa menimpa arwah Raja Nor Nazwa Ariana ini tidak sepatutnya berlaku sekiranya saiz penutup tangki septik itu bersesuaian dengan saiz tangki kumbahan tersebut,”ujar Hasan.

 

20160202232955

 

Hasan melahirkan rasa simpati atas kejadian yang menimpa dan berharap kedua ibu bapa arwah bersabar dalam menempuh musibah yang berlaku.

“Setiap kakitangan sekolah perlu lebih kerap mengadakan mesyuarat agar dapat memantau segala hal berkenaan dengan pendidikan keselamatan di sekolah,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media di Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) Sungai Rambai petang semalam.

Dalam kejadian Isnin lepas, Allahyarham Raja Nor Nazwa Arian, 7 tahun,  mati lemas selepas terjatuh dalam lubang kumbahan najis sedalam 3.7 meter ketika bermain dengan rakan-rakannya di Sekolah Rendah Agama JAIM Parit Penghulu Benteng di sini.

Allahyarham dikebumikan pada pukul 9.30 pagi semalam di Tanah Perkuburan Parit Penghulu Benteng.

 

Tinggalkan komen anda