Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurHomeKelantanViral

Cubaan Pecah, Curi Dari Mesin ATM Gagal

By 3 Februari 2016Tiada komen1 minit bacaan
Oleh  Ruslan Abdul Rahman/ Nur Shafira Mat Hussin (Pasir Puteh)

PASIR PUTEH, 3 Feb (Malaysiaaktif) — Cubaan memecah dan mencuri wang daripada mesin juruwang automatik (ATM) dari Bank Islam di sini awal pagi tadi gagal.

Ini kerana dalam usaha berbuat demikian, penyamun telah mengaktifkan penggera keselamatan yang disambung ke pusat keselamatan CHUBB Alarm Malaysia.

 

20160202221922 (1)

 

Anggota polis dihantar ke lokasi sejurus selepas menerima laporan penggera.

Menurut Ketua Polis Kelantan Datuk Mazlan Lazim, kejadian ini yang kedua berlaku dalam tahun ini selepas daerah Kuala Krai, namun dalam kedua-dua kejadian penjenayah menemui kegagalan kerana mereka sekadar berjaya memecahkan cermin mesin ATM.

Beliau berkata polis percaya berdasarkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) penjenayah terdiri daripada tiga orang.

 

Tinggalkan komen anda