Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurTerengganu

Jual ‘ Beautiful Terengganu’ di Johor Bahru

By 24 Februari 2016Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

 

Oleh Nabilahaisah Tawang (Kuala Terengganu)

KUALA TERENGGANU, (24 Feb ( Malaysiaaktif) – Bagi memastikan Terengganu menjadi tumpuan pelancong yang berterusan, Kerajaan Negeri akan mengadakan promosi `menjual Terngganu’ pada program Beautiful Terengganu 2016 yang akan diadakan di Plaza Angsana Johor Bharu selama 5 hari bermula 23 Mac 2016.

Menteri Besar Terengganu, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman, berkata Beautiful Terengganu 2016 adalah kesenambungan daripada Pesona Terengganu 2015 yang diadakan di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur pada Oktober tahun lalu.

Katanya, Kerajaan Negeri menaruh harapan yang tinggi pada Beautiful Terengganu 2016 dalam memastikan lebih ramai pelancong terutama dari selatan tanah air selain Singapura.

`Kira-kira 100,00 pengunjung dengan pulangan pendapatan yang diperolehi usahawan negeri ini hampir mencecah RM2.0 juta dan adalah tidak mustahil jumlah pengunjung serta pendapatan yang lebih besar menanti di Johor Bahru, katanya selepas merasmikan Pra Pelancaran Beautiful Terengganu 2016 di Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu pada 24 Februari 2016.

Program Beautiful Terengganu 2016 menampilkan produk pelancongan seperti hotel, tempat menarik, makanan, pakaian dan sebagainya yang terdapat di Terengganu.

Seramai 30 usahawan makanan tradisional tempatan dan 100 usahawan produk tempatan akan menyerai program itu pada kali ini.

Menteri Besar , berkata pengunjung turut berpeluang menyaksikan persembahan kebudayaan, demonstrasi kraftangan dan pertunjukkan permainan tradisional pada program itu.

Sehubungan itu, beliau berharap orang ramai di Johor, Melaka dan Singapura tidak melepaskan peluang untuk berkunjung ke Beautiful Terengganu 2016.

Tinggalkan komen anda