Skip to main content
Berita TempatanSelangor

Struktur Haram Dirobohkan Untuk Projek MEX2

By 24 Februari 2016Tiada komen1 minit bacaan

 

Oleh Kamaruzaman Aziz & Hazlisyahudin Hasan (Sepang)

Dengkil  – 23 Feb ( Malaysiaaktif) Pejabat Tanah dan Daerah Sepang mengetuai operasi merobohkan struktur  binaan tanpa kebenaran di tanah kerajaan bagi projek Lebuhraya Putrajaya-KLIA  (MEX2).

Operasi penguatkuasaan dan perobohan diketuai En. Najmuddin b. Jemain, Ketua Penolong Pegawai Daerah (Tanah), Pejabat Tanah Sepang.
Operasi bermula jam 9.00 pagi tadi sehingga jam 5.00 petang mulai 23hb hingga 25hb. Feb. 2016 turut disertai  PTGS, MPSP,  PDRM, TNB, SYABAS, SPAN, JKR dan  Pemegang Konsesi Lebuhraya MEX.

Menurut  En. Najmuddin b. Jemain,  operasi ini dijalankan selepas kedegilan pemilik mengosongkan tanah melalui arahan pengosongan yang diserahkan kepada pemilik pada 1hb. Feb. 2016 dan telah berakhir pada 14hb. Feb.2016 Kali.

Struktur binaan yang terlibat ialah:-
1.  Kilang Papan Yew Chuan (Sebahagian Lot 557)
2. Uptown Dengkil (Sebahagian Lot 557)
3. Kedai Hardware Yong Hoong (Sebahagian Lot 557)
4. Tempat Meletak Kenderaan Berat (Sebahagian Lot 557)
5. Binaan separa kekal, stor dan pejabat (Sebahagian PT 36212)
6. Bengkel perabut, zink dan rumah warga Myanmar (Sebahagian lot 5616)
7. Pondok kebun dan bangsal.
8. Kuil Hindu Seri Naga Puthuamman (ditangguhkan dalam proses rundingan)
9. Rumah sami Kuil Karumariamman di atas rezab jalan (ditangguhkan perobohan.

Sepanjang operasi dijalankan tidak ada kejadian buruk berlaku.

Pembinaan lebuhraya MEX2 dijangka akan bermula Mac 2016.

 

 

Tinggalkan komen anda