Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraKedahViral

Karnival Bolasepak 9 Sebelah Promosi ‘Discover Kedah’

By 18 Februari 2016Tiada komen1 minit bacaan

 

Oleh Sarah Nur Saad, Mahrani Mohamad, Mohd Rizal Abd Rahman, Hasnol Hadi Hashim (Kulim)

KULIM, 18 Februari (Malaysia Aktif) — Karnival Bola Sepak 9 Sebelah Piala Yang Di-Pertua (YDP) Majlis Perbandaran Kulim (MPKK) dari 12 hingga 13 Mac ini merupakan sebahagian daripada inisiatif mempromosikan Tahun Melawat Kedah dan kempen ‘Disover Kedah 2016.’

Karnival tersebut akan berlangsung di tiga lokasi, iaitu Mini Stadium Keladi, Sekolah Menengah Kebangsaan Kulim dan Sekolah Menengah Tunku Panglima Besar.

Karnival ini menawarkan empat tempat pemenang di mana johan bakal menerima wang berjumlah RM 7,000 beserta Piala Pusingan.

Penyertaan terbuka kepada semua kelab bola sepak di seluruh negara dengan yuran sebanyak RM 500 untuk setiap pasukan, selain wang deposit RM 200 yang akan dikembalikan selepas kesemua perlawanan selesai.

Naib Johan akan menerima RM5,000, tempat Ketiga RM 2,000 dan tempat keempat, RM1,000 berserta Piala Iringan dan pingat.

Menurut Yang DiPertua MPKK, Haji Md Nordin Yahya, sehingga kini lebih daripada 20 pasukan telah mengemukakan nama untuk menyertai karnival ini.

“Karnival ini dicadangkan untuk menjadi acara tahunan yang mempunyai matlamat mengeratkan hubungan antara MPKK dan masyarakat,” ujar Nordin dalam sidang media yang diadakan di lobi bangunan MPKK petang tadi.

 

Tinggalkan komen anda