Skip to main content
Berita TempatanPulau Pinang

Kayuhan Fun Ride Sempena Promosi Ltdl 16′ Ke Balik Pulau

By 20 Februari 2016Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

 

Oleh  Sherul Nizam Zakaria & Azimee Abdullah

20 Feb, Balik Pulau, PULAU PINANG (Malaysiaaktif) : Seramai 100 Orang Penggiat Sukan Berbasikal, masyarakat setempat dan 6 orang pelumba Negara telah menyertai Program Kayuhan Basikal Fun Ride Le Tour De Langkawi pagi Ini.

Objektif Program Fun Ride LTDL adalah mempromosi kehadiran pelumba basikal Le Tour De Langkawi yang akan berlangsung pada 24 Feb hingga 2 Mac 2016.  LTDL 16′ turut melibatkan Balik Pulau sebagai salah satu laluan perlumbaan pada 25 Feb 2016 nanti.

Program yang melibatkan penyertaan semua peringkat umur turut bertujuan memberi pendedahan dan mendidik masyarakat setempat untuk terlibat secara langsung didalam aktiviti sukan dalam melahirkan masyarakat yang sihat.

Kayuhan berbasikal tersebut bermula dari Kolej Kemahiran Tinggi Mara (KKTM) Balik Pulau melalui sekitar kawasan Balik Pulau dan berakhir di Dataran Sungaj Pinang yang melibatkan perjalanan sejauh 10 kilometer.

Antara pengisian lain program adalah hebahan secara umum menggunakan kenderaan bergerak mengenai Perlumbaan LTDL, jalan-jalan yang bakal dilalui oleh pelumba dan maklumat yang berkaitan bagi melancarkan perlumbaan LTDL 2016 sebenar nanti.

Pelepasan Peserta Program Fun Ride LTDL disempurnakan oleh Datuk Seri Dr. Hilmi Yahaya, Timbalan Menteri Kesihatan Malaysia merangkap Ahli Parlimen Balik Pulau. Turut hadir, Datuk Shah Headan Ayoub Hussain Shah Ahli Dewan Undangan Negeri Teluk Bahang yang juga merupakan penaung Kelab Geng Tolak Basikal (GTB).

Program diakhiri dengan penyampaian cenderahati dan sijil penyertaan kepada semua peserta yang mengambil bahagian.

 

Tinggalkan komen anda