Skip to main content
EkonomiHome

Khairuddin Buat Laporan Terhadap Peguam Negara

By 2 Februari 2016Tiada komen1 minit bacaan

 

PUTRAJAYA, 2 Feb (Malaysiaaktif) — Bekas Timbalan Ketua UMNO Batu Kawan, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan telah membuat laporan terhadap Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali di Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM).

“Saya membuat laporan ini supaya disiasat sama ada wujud sebarang elemen salah laku, penyalahgunaan kuasa atau kecuaian oleh Peguam Negara dalam membebaskan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung isu RM2.6bil (derma politik) dan SRC International membabitkan dana kira-kira RM42 juta,” katanya.

“Saya memohon supaya pihak SPRM menyiasat sebarang elemen rasuah berhubung Peguam Negara semasa beliau dilantik ke jawatan tersebut.”

“Dan sama ada jawatan Peguam Negara digunakan sebagai rasuah supaya kes bersabit Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak digugurkan tanpa sebarang dakwaan,” kata Kahiruddin di luar ibu pejabat SPRM di Putrajaya hari ini.

Khairuddin berkata keputusan berkaitan fail-fail penyiasatan sepatutnya dibuat oleh Peguam Cara Negara atau sebuah suruhanjaya penyiasatan khas terdiri daripada bekas-bekas hakim.

Pada 26 Januari lepas Khairuddin membuat laporan yang sama di Ibu Pejabat Polis Dang Wangi.

Apandi dilantik menjadi Peguam Negara pada 28 Julai berikutan pemberhentian Tan Sri Abdul Gani Patail.

Pada 26 Januari lepas, Apandi membebaskan Najib daripada sebarang salah laku berhubung kedua-dua siasatan oleh SPRM itu.

 

Kongsi artikel ini di media sosial:

Tinggalkan komen anda