Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanHomeMelakaViral

Isu “Sultan Melaka” dan “Bonda Ratu” Tidak Relevan

By 2 Februari 2016Tiada komen1 minit bacaan

 

Oleh Fauzrina Hj Bulka & Hj Kahar Dolah (Melaka)

MELAKA, 2 Feb (Malaysiaaktif) — Isu tuntutan individu-individu yang mendakwa diri mereka pewaris “Sultan Melaka” telah lama wujud. Ia timbul sejak zaman pemerintahan British lagi. Begitu juga isu “Bonda Ratu” yang memberi “Anugerah-Anugerah Kebesaran Yang Bergelar.”

Menurut Pengerusi Institut Kajian Sejarah dan Patriotisme Malaysia (IKSEP) Datuk Dr. Mohd Jamil Mukmin, isu sebegini perlu ditangani segera agar tidak menimbulkan kekeliruan masyarakat yang akhirnya menggugat keharmonian.

Tambah beliau, sepatutnya isu individu-individu tertentu yang mendakwa mereka pewaris “Sultan Melaka” dan menuntut untuk mengembalikan “Institut Kesultanan Melaka” tidak timbul lagi.

 

20160201200242

 

“Kesultanan Melayu Melaka yang berpusat di Kota Melaka berakhir apabila Melaka dikalahkan Portugis pada 24 Ogos 1511 dan Sultan Mahmud Syah sultan terakhir berundur dan mangkat di Kampar, Riau, Indonesia pada 1528,” jelas beliau.

Sehubungan itu satu usul memperkenal enakmen khas akan dibentang dalam sidang Dewan Undangan Negeri Melaka akan datang bagi melindungi kerajaan negeri supaya boleh bertindak dan mengenakan hukuman keras ke atas mereka yang menuntut diiktiraf sebagai Sultan Melaka,” ujar Ketua Menteri, Datuk Seri Idris Haron selepas menutup Forum Khas: Isu Sultan Melaka dan Bonda Ratu petang semalam.

“Usul tersebut dijangka dibentangkan oleh Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia dan Warisan Negeri, Datuk Norpipah Abdol dalam bulan Mac atau selewat-lewatnya pertengahan tahun sebagai urusan kerajaan,” katanya

Tinggalkan komen anda