Skip to main content
Berita TempatanHomeSelangorViral

Harga Minyak Turun Mendadak, Harga Barang Tetap Naik?

By 4 Februari 2016Tiada komen2 minit bacaan

Oleh : Seri Ayu Wardiah, SHAH ALAM, 3 Feb (Malaysiaaktif) – Isu berkenaan harga minyak yang turun mendadak tetapi harga barang tetap naik menjadi persoalan utama dalam Taklimat Minda dan Dialog Bajet 2016 yang berlangsung di Auditorium Kumpulan Media Karangkraf, di sini pagi tadi.

Menurut Timbalan Ketua Setiausaha Bahagian Fiskal dan Ekonomi Kementerian Kewangan, Dr. Khalid Abd Hamid, negara-negara besar pengeluar minyak yang memainkan peranan dalam menentukan harga minyak ini naik atau turun.

Sementara itu, bagi Ketua Seksyen Pejabat Dasar Fiskal, Bahagian Fiskal dan Ekonomi, En. Mohd Hassan Ahmad, kini terdapat lebihan pengeluaran minyak sehingga menyebabkan harga minyak menjunam.

Tambahnya, cukai barangan dan perkhidmatan (GST) pula telah disalah guna oleh peniaga kerana GST ini ialah cukai gantian bagi cukai jualan dan cukai perkhidmatan (SST) tetapi peniaga buat GST ini sebagai cukai tambahan dan menyebabkan kenaikan harga barang.

Taklimat yang dihadiri kira-kira 300 orang pegawai kerajaan persekutuan, pemimpin masyarakat dan badan-badan bukan kerajaan ini bertujuan untuk memberi penerangan berkaitan perancangan perbelanjaan serta usaha-usaha yang perlu diambil dalam mengatasi keadaan ekonomi semasa yang terjejas akibat kejatuhan mendadak harga minyak.

Menurut Hassan lagi, bajet kali ini diubah suai mengikut keadaan semasa dengan mengambil kira semua aspek berkaitan kos sara hidup dan beban yang meningkat.

Panel yang turut hadir ialah Timbalan Pengarah yang juga Ketua Pegawai Penguat Kuasa Negeri Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) En. Abdul Rosik bin Yakub.

Majlis anjuran Jabatan Penerangan Malaysia Selangor dengan kerjasama Pejabat Kemajuan Negeri Selangor telah dirasmikan oleh Pegawai Kemajuan Negeri Selangor, Datuk Rosli Ramli.

Tinggalkan komen anda