Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanMelakaViral

Melaka Catat Peningkatan Denggi 37.7 Peratus

By 15 Februari 2016Tiada komen1 minit bacaan

 

Oleh Fauzrina Hj Bulka (Melaka)

MELAKA, 15 Feb (Malaysiaaktif) — Hingga 6 Februari tahun ini sejumlah 402 kes demam denggi di catatkan di Melaka, iaitu peningkatan sebanyak 37.7 peratus.

Menurut statistik yang dimaklumkan oleh Pengarah Kesihatan Negeri Melaka, Datuk Dr. Ghazali Othman, daerah Jasin melaporkan peningkatan tertinggi, iaitu sebanyak 78.3 peratus (36 kes), diikuti oleh Melaka Tengah sebanyak 45.4 peratus (79 kes), manakala Alor Gajah menunjukkan penurunan sebanyak 6.9 peratus (5 kes).

“Pelan Strategik Kebangsaan akan dikaji semula bagi mengurangkan penularan penyakit berjangkit dan penyakit tidak berjangkit, manakala Komuniti Bebas Aedes dan Tuberkulosis (COMBAT) akan diperkukuhkan,” ujar Ghazali pagi tadi semasa Perhimpunan Bulanan Kerajaan Negeri Melaka.

Penyakit Tuberkulosis (TB) merupakan penyakit berjangkit kedua tertinggi selepas denggi di Malaysia dan menunjukkan peningkatan setiap tahun dimana Melaka mencatatkan sebanyak 513 kes pada 2015.

“Bagi penyakit tidak berjangkit, prevalens obesiti di Malaysia adalah 30.6 peratus dan mengikut negeri, Wilayah Persekutuan Putrajaya mempunyai prevalen tertinggi obesiti iaitu 43.0 peratus diikuti Melaka 36.0 peratus,” jelas beliau.

Justeru, beliau menasihatkan penduduk Melaka supaya mengambil berat tentang kesihatan masing-masing serta mengamalkan gaya hidup sihat sepanjang hayat demi mengurangkan beban penyakit.

 

Tinggalkan komen anda