Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraEkonomiHomeKedahViral

MPKK Tangani Kekangan Dalam Program Baiki Rumah

By 15 Februari 2016Tiada komen2 minit bacaan

 

Oleh Sarah Nur Saad, Mohd Rizal Abd Rahman, Mahrani Mohamad, Hasnol Hadi Hashim (Kulim)

KULIM, 15 Februari ( Malaysia Aktif ) – Sehingga kini, sebanyak 28 permohonan telah diterima oleh Jabatan Permohonan Masyarakat Majlis Perbandaraan Kulim (MPKK)  untuk Program Baiki Rumah di bawah Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan.

Menerusi program ini, sejumlah RM 280,000 bakal disalurkan kepada pemohon berpendapatan seisi rumah RM 1,500 ke bawah serta tersenarai dalam Bank Data Kemiskinan Nasional, e-kasih.

Menurut Ketua Jabatan Pembangunan Masyarakat MPKK, Zaidi Zainun, pihaknya mengalu – alukan permohonan daripada penduduk setempat yang miskin walaupun masih tidak berdaftar dengan e-kasih.

Tambah beliau lagi, pemohonan ini akan dibuka sepanjang tahun dan diharapkan Jawatan Kuasa Perwakilan Penduduk (JPP) dapat mengemukakan nama penduduk yang sangat memerlukan bantuan sebegini.

Walau bagaimanapun, beliau berkata MPKK juga menghadapi kekangan kerana pemohon perlu memiliki geran rumah dan bukan seorang penyewa atau pun aset berkenaan masih dalam pembiayaan pinjaman bank.

Zaidi yang bakal ke Putrajaya pada 18 Februari bagi membincangkan hal – hal berbangkit berhubung program berkenaan akan cuba mengetengahkan isu ini yang dianggap membebankan pemohon yang sebahagian besarnya terdiri daripada  penduduk bandar.

Tambah beliau lagi, selain bantuan membaiki rumah, pihak MPKK turut membuka ruang kepada penduduk setempat yang berniaga dan berpendapatan kurang daripada RM 1, 500 sebulan untuk berniaga di kiosk penjaja yang disediakan.

Butiran dan maklumat lanjut tentang kemudahan ini boleh diperoleh dengan menghubungi Pegawai di Jabatan Permohonan Masyarakat MPKK di talian 04-432 5225

 

Tinggalkan komen anda