Skip to main content
HomeMelakaViral

TM Tawar RM1,000 Bagi Maklumat Pencurian Kabel Di Melaka

By 15 Februari 2016Tiada komen1 minit bacaan

 

Oleh Fauzrina Hj Bulka (Melaka)

MELAKA, 15 Feb (Malaysiaaktif) — Penyaluran maklumat dan kerjasama daripada masyarakat setempat amat diperlukan dalam membantu Telekom Malaysia (TM) dan pihak polis membanteras kegiatan curi kabel di Melaka yang hingga kini mencatatkan sebanyak 98 sepanjang 2015 melibatkan kerugian sejumlah RM425,675.

“Rondaan berjadual pada setiap malam oleh polis bantuan dipergiatkan, selain kerjasama daripada komuniti setempat diperlukan dalam menyalurkan maklumat,” kata Pengurus Besar TM Melaka Datuk Rozlan Mohamed apabila dihubungi Malaysia Aktif  hari ini.

Justeru, Pihak TM berminat untuk membentuk kerjasama baharu bersama Jabatan Penerangan Melaka untuk menyertai program-program yang disusun pada tahun ini yang melibatkan Komuniti 1 Malaysia.

“Ianya bertujuan agar TM dapat bertemu komuniti dan memberikan penjelasan mengenai isu ini dan mewujudkan kerjasama yang erat supaya kes kecurian dapat dibendung dan diatasi,” jelas beliau.

Pihak TM turut menyediakan imbuhan sehingga RM1,000.00 kepada orang awam yang membuat aduan bagi setiap kes yang berjaya diselesaikan. Aduan boleh dibuat melalui talian bebas biaya 1800-55-66.

 

20160214235953 (1)

 

Tahun lepas pernah diadakan satu majlis penyampaian wang dan sijil penghargaan disempurnakan oleh Ketua Polis Melaka, DCP Datuk Chua Ghee Lye bersama Datuk Rozlan Mohamed di Ibu Pejabat Polis Bukit Beruang bagi menghargai jasa 16 pegawai polis yang berjaya menumpaskan sindiket kecurian kabel milik TM bernilai RM103,605 dari April hingga Mei 2015.

 

Tinggalkan komen anda