Skip to main content
Berita TempatanSabah

Pelihara Perpaduan Kewajipan Bersama – Kurup

By 27 Februari 2016Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

 

Oleh Eviannie Kin Mei Hoon & Vicky Sylverster matanjang (Sabah)

KOTA KINABALU, 27 Feb (Malaysiaktif) –? Tugas memelihara perpaduan bukan kewajipan kerajaan semata-mata, ia memerlukan penglibatan semua pihak.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Joseph Kurup berkata tugas tersebut merupakan kewajipan bersama kerajaan dengan media massa supaya perpaduan yang telah lama dibina dapat dipelihara selama-lamanya.

Jelas beliau, media massa turut bertanggungjawab dan berperanan untuk membina persekitaran maklumat yang tepat.

“Kita mohon kepada pihak media untuk mengelak menyebar berita-berita yang berbaur perkauman serta menyentuh sensitiviti agama,”katanya semasa ucapan Majlis Sambutan Tahun Baru Cina Media Massa Bersama Menteri di sini, malam tadi.

Tambahnya, provokasi dan kenyataan berbaur perkauman terutamanya dalam media baharu yang semakin menular pengaruhnya boleh menerapkan ketidakstabilan serta mengganggu keamanan jika tidak ditangani dengan bijak.

Selain itu, para pengamal media juga diseru untuk tidak melaporkan atau memberi publisiti kepada sesetengah kenyataan dan provokasi oleh golongan tertentu.

“Lebih baik pihak media tidak memberi ruang dalam akhbar kepada mereka kerana elemen-elemen tidak sihat yang mampu memecah belahkan perpaduan yang sudah kita nikmati sekian lama,” jelas beliau.

Tinggalkan komen anda