Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraEkonomiHomeKedahViral

Ais Krim Embun Menyerlah Sebagai Produk K1M

By 27 Februari 2016Tiada komen1 minit bacaan

 

Oleh Siti Yusmila Yusof & Mahazir Abu Hassan (Baling)

BALING, 27 Feb (Malaysiaaktif) — Ais Krim Embun mula diusahakan pada 1994 oleh Hj. Kasim Bakar bersama keluarganya di Kampung Pokok Sena, Baling. Pada waktu itu, beliau hanya menjual ais krim tersebut di pasar malam kerana masih berkhidmat sebagai posmen.

Pada 2006 beliau mengambil keputusan untuk bersara awal dan menumpukan sepenuh perhatian pada perniagaan ais krim hingga sekarang.

Beliau yang merupakan Setiausaha Komuniti 1Malaysia (K1M) Kampung Pokok Sena melahirkan rasa gembira apabila produknya dipilih sebagai salah satu produk K1M dari Daerah Baling.

Menurutnya lagi, sebanyak lima hingga enam tong ais krim dihasilkan setiap hari dengan menggunakan mesin automatik berharga RM18,000 yang dibeli dari China melalui ejen di Kuala Lumpur dengan bantuan pinjaman MARA.

Setakat ini Ais Krim Embun mempunyai satu cawangan di Bandar Mahkota Cheras, Selangor.

“Aiskrim ini mendapat permintaan tinggi, terutama semasa musim cuti sekolah dan perayaan. Tempahan juga menerima dari luar Daerah.”

“Kami sentiasa pastikan 15 hingga 20 tong ais krim ada dalam simpanan jika ada permintaan luar jangka. Untuk tempahan awal boleh hubungi di talian 013-4880039,”  tambahnya lagi.

Kesegaran dan keenakan Ais Krim Embun dapat dirasai  semasa Taklimat Trans-Pacific Partnership Agreement (TPPA) di Kompleks Kementerian Komunikasi Dan Multimedia (KKMM) baru-baru ini.

 

Kongsi artikel ini di media sosial:

Tinggalkan komen anda