Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahHomeSelangorViral

Rayani Air Taja Tiket Percutian Kepada Pelajar Cemerlang UPSR

By 27 Februari 2016Tiada komen1 minit bacaan

 

Oleh A.Prabagaran (Klang)

KLANG, 27 Feb (Malaysiaaktif) — Syarikat Penerbangan Rayani Air berjanji akan memberi tiket penerbangan percuma untuk percutian selama 3 hari 2 malam ke Pulau Langkawi  kepada pelajar-pelajar SJK Tamil Batu 4  yang mendapat 7A dan 8A dalam peperiksaan UPSR pada tahun ini.

Pengarah Executive Rayani Air,Encik Ravi Alagendra menyatakan demikian selepas mengadakan  perjumpaan dengan pelajar-pelajar sekolah tersebut hari ini.

Beliau memberi ucapan semangat ini kepada pelajar-pelajar yang hadir supaya cemerlang dalam peperiksaan dan tabah menghadapi segala cabaran untuk mencapai cita-cita masing-masing.

Program anjuran Pemuda MIC Selangor ini turut dihadiri oleh Ketua Pemuda MIC Kebangsaan Sivaraj Chandran.

 

Tinggalkan komen anda