Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraHomePulau PinangViral

MIC Pastikan Masyarakat India Berani Berdepan Cabaran

By 12 Februari 2016Tiada komen1 minit bacaan

 

Oleh U. Prakash (Georgetown)

GEORGETOWN, 12 Feb (MalaysiaAktif) — MIC akan memberikan tumpuan terhadap isu-isu, seperti pembangunan masyarakat, terutamanya dalam aspek pendidikan, supaya masyarakat India mampu berdepan dengan cabaran kehidupan masa kini.

Walaupun beberapa pihak memberikan gambaran buruk terhadap MIC, namun diharap masyarakat India di negara ini akan terus memberikan sokongan kepada kepimpinan MIC.

Ini dinyatakan oleh Presiden MIC, Datuk Seri Dr. S. Subramaniam kelmarin semasa merasmikan Pesta Perpaduan Ponggal 2016 peringkat negeri Pulau Pinang di Dewan SJKC Shang Wu, Air Itam di sini.

Subramaniam yang juga Presiden MIC, berharap agar sambutan pesta ponggal ini dapat membawa semangat baru kepada masyarakat India, selaras memasuki lembaran tahun baharu.

Pesta anjuran Badan Perhubungan MIC Pulau Pinang ini bertujuan untuk mengeratkan hubungan antara masyarakat India setempat bersama kepimpinan MIC Negeri.

Perayaan Ponggal merupakan perayaan menuai yang diraikan oleh masyarakat India selama sebulan. Bermula pada 15 Januari lalu, iaitu permulaan bulan Thai mengikut kalendar Tamil. Sambutan ini adalah bertujuan untuk melahirkan kesyukuran atas nikmat yang telah diperoleh daripada hasil bumi.

 

Tinggalkan komen anda