Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahSelangor

Program Malaysian Indian Education Road Show 2016

By 23 Februari 2016Februari 25th, 2016Tiada komen2 minit bacaan

 

Oleh B.Tanggamal (Kuala Langat)

KUALA LANGAT, 23 Feb (MalaysiaAktif) – Seramai 160 pelajar india hadir ke program Malaysian Indian Education Roadshow bertempat di Dewan Sri Jugra Banting pagi ini.

Mereka terdiri daripada pelajar tingkatan 4, SPM dan STPM, serta 28 guru dari 14 buah Sekolah Menengah Daerah Kuala Langat.

Program dibawah M1NDER ini bakal  menjelajah 60 parlimen di seluruh Malaysia yang mempunyai lebih 10 peratus masyarakat india.

Program ini merupakan program pertama bagi tahun 2016.

Timbalam Menteri Pendidikan 1 Datuk P.Kamalanathan yang dalam ucapan perasmiannya berkata, walaupun pelbagai taklimat telah diberikan, namun pelajar  pasti akan rasa tertekan dan keliru apabila menerima keputusan SPM mahupun STPM.

Pelajar harus peka dengan peluang -peluang yang ada disekeliling mereka dan penting bagi mereka untuk memohon.

Menurut beliau, kebanyakan pelajar tidak memohon matrikulasi dan apabila mendapat keputusan yang cemerlang, kerajaan akan dipersalahkan kerana tidak mendapat tempat dalam matrikulasi tersebut.

Kerajaan telah memperuntukan sebanyak 1500 tempat di matrikulasi  dan tahun lepas sebanyak 6300 pelajar India memohon dan kebanyakkanya dari aliran sains.

Pelajar juga dinasihatkan agar tidak terlalu memilih dan dinasihatkan untuk memohon semua peluang yang ada sebelum menerima keputusan.

Tambah beliau, mentaliti masyarakat india yang ingin menjadi doktor perlu diubah kerana jumlah doktor di Malaysia telah melebihi keperluan.

Beliau memberitahu bagi tahun 2015 seramai 18 peratus pelajar india berjaya masuk jurusan kedoktoran.

Selain itu pelajar juga diminta memberi fokus kepada peluang pekerjaan yang akan memberi keuntungan pada masa akan datang selain menjadi doktor ataupun peguam.

Pelbagai taklimat seperti taklimat biasiswa MyBrain 15, taklimat kemasukkan IPTA, taklimat Politeknik,taklimat berkaitan Tajaan Bursary,taklimat kemasukan Matrikulasi dan taklimat berkaitan pinjaman dan biasiswa turut akan diadakan sepanjang program ini.

 

Tinggalkan komen anda