Skip to main content
Berita TempatanHomeSelangor

Sebuah MRSM Khas Buat Pelajar Cemerlang Anak Orang Asli

By 4 Februari 2016Tiada komen2 minit bacaan

Oleh : Kamaruzaman Aziz  BANGI, 4 Feb (Malaysiaaktif) – Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Sri Ismail Sabri Yaakob berkata kementeriannya akan berusaha  untuk membina sebuah Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) khusus untuk pelajar anak orang Asli pada masa akan datang.

Tambahnya, semua pihak bangga dengan kejayaan pelajar-pelajar orang Asli di negara ini sama ada di peringkat sekolah rendah, menengah, institut pengajian tinggi awam begitu juga dengan yang melanjutkan pengajian di luar negara.

Sementara itu, menurut Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA), Datuk Hasnan Hassan, majlis ini diadakan setiap tahun bagi mengiktiraf kecemerlangan anak-anak orang Asli dalam pelajaran di peringkat sekolah rendah dan menengah.

JAKOA turut menyokong dan mengemukakan permohonan kemasukan ke MRSM bagi  60 pelajar cemerlang  Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan 63 pelajar cemerlang  Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3)

Ismail Sabri ditemui ketika menyempurnakan Majlis Anugerah Pelajar Cemerlang Orang Asli 2015 diadakan di Dewan Tun Razak, INFRA Bangi petang tadi.

Dalam majlis itu seramai 67 pelajar UPSR dan 91 pelajar PT3 anak-anak orang Asli dipilih untuk menerima anugerah kecemerlangan.

Senarai penerima anugerah;

1.       Pelajar Terbaik Keseluruhan UPSR – Maryani bt Mizan,

2.       Anugerah Pelajar Terbaik Keseluruhan PT-3 2015 – Nurnabila Aina bt. Mohd Nor

3.       Anugerah PIBG Sekolah 100% Orang Asli 2015 – Sekolah Kebangsaan Kedaik, Pahang,

4.       Anugerah Guru Sekolah 100% Orang Asli Terbaik 2015 – En. Zainuddin b. Sanuan, SK. Sg. Melut,     Selangor

5.       Anugerah Pencapaian Cemerlang Sekolah 100% Orang Asli Terbaik 2015 – SK Runchang, Pahang

6.       Anugerah Khas Orang Asli – MARA

Tinggalkan komen anda