Skip to main content
Berita TempatanHomeSabah

Tun Juhar Hadir Majlis Rumah Terbuka MCA dan PBS

By 9 Februari 2016Tiada komen2 minit bacaan

 

 Oleh Eviannie Kin Mei Hoon & Saiful (Sabah)

KOTA KINABALU, 9 Feb 2016 (Malaysiaktif) –? Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Juhar  Mahiruddin bersama rakyat memeriahkan sambutan Majlis Rumah Terbuka Tahun Baru Cina anjuran MCA Negeri Sabah di Sekolah Menengah Tinggi Kota Kinabalu, pagi tadi.

Ketibaan Tun Juhar dan isteri, Toh Puan Norlidah R.M Jasni disambut oleh Pengerusi Persatuan Cina Malaysia (MCA), Datuk Seri Liow Tiong Lai berserta timbalannya, Datuk Dr Wee Ka Siong dan para pemimpin MCA yang lain.

Turut hadir Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Haji Aman serta para menteri kabinet persekutuan dan negeri.

Majlis juga diserikan dengan tarian singa, persembahan hiburan dan hidangan juadah tahun baru cina yang pelbagai.

Tun Juhar dan para tetamu kehormat yang lain turut mengunjungi sambutan Majlis Rumah Terbuka Tahun Baru Cina anjuran Parti Bersatu Sabah (PBS) di Dewan Hakka, Teluk Likas.

Lebih 1000 pengunjung pelbagai kaum dan agama hadir memeriahkan majlis tersebut.

Menurut Wee, sambutan kali ini sangat meriah dengan kehadiran orang awam yang sangat menggalakkan.

Katanya, pihak MCA negeri akan terus mendampingi rakyat dengan mengadakan beberapa aktiviti dalam masa terdekat di kawasan-kawasan mereka tandingi.

“Antaranya majlis pecah tanah bagi Kolej Universiti Tunku Abdul Rahman (TAR) yang akan dirasmikan oleh Ketua Menteri Sabah dan Presiden MCA pada bulan April nanti,”katanya.

Beliau berharap dengan adanya kampus ini akan memberi manfaat khususnya kepada masyarakat setempat Sabah disamping mereka tidak perlu lagi ke Kuala Lumpur untuk meneruskan pengajian mereka’

 

Tinggalkan komen anda